Pendapatan MyMode = RM1252.42
(setakat Jun 14, 2008)Sertai MyMode sekarang!!
Facebook Boleh Menjana Wang
Sudah lama saya mengetahui mengenai Facebook, namun saya tidak berminat untuk menyertainya. Bagi saya Facebook adalah sama sahaja dengan komuniti-komuniti internet seperti Myspace, Tagged dan sebagainya. Rupanya, sangkaan saya ternyata salah.
Minggu lepas, saya terbaca di blog salah satu program affiliate yang saya sertai. Tajuknya artikelnya berbunyi “I Love Facebook”. Saya tergerak untuk membaca artikel tersebut. Alamak! Ruginya saya! Rupanya Facebook adalah salah satu perantara yang begitu baik untuk memasarkan produk saya, Page Peel Ads!
Saya dengan segera menyertai Facebook. Join beberapa group. Saya juga mengiklankan produk saya Page Peel Ads di dalam senarai ‘marketplace’ Facebook, serta mempromosikannya di dalam beberapa ‘network’. Satu network berharga cuma USD1, jadi saya mempromosikan di 10 network. Kos saya adalah USD10.
Keesokan harinya, saya check email seperti biasa. Ada 4 jualan Page Peel Ads! Saya belek-belek informasi pembeli-pembelinya. Mereka berasal dari negara dari network yang saya promosikan di Facebook! Ini sudah petanda baik…
Saya akan terus mengkaji lagi kemampuan Facebook menjana pendapatan… selepas cuti raya ![]()


November 9th, 2008 at 3:31 am
terima kasih atas maklumat itu
8kuda team