Menarik

papar dan dapat $$
Join MN

Pendapatan MyMode = RM1252.42

(setakat Jun 14, 2008)

Sertai MyMode sekarang!!



Saya Menang USD500!

Salah satu komuniti internet kegemaran saya adalah Blogcatalog. Ramai juga pelawat blog kesihatan Healthy Lifestyle Blogzine saya yang datang dari Blogcatalog.

Lebih kurang sebulan yang lalu, pihak Blogcatalog mengadakan satu pertandingan. Pertandingan ini memerlukan pengguna memberikan idea untuk memperbaiki serta memanfaatkan pengguna Blogcatalog. Hadiah pertama adalah USD2500!

Saya tanpa membuang masa, memikirkan sesuatu. Saya mendapat idea dari Google Toolbar. Saya mencadangkan agar Blogcatalog juga mempunyai ‘toolbar’ nya sendiri, dimana pengguna boleh menggunakan toolbar tersebut untuk pelbagai servis yang disediakan oleh Blogcatalog.

Seperti biasa, pada minggu lepas, selepas bersahur, saya semak email saya. Blogcatalog BIG IDEA Challenge. Hmmm… sudah ada pemenang nampaknya. Saya klik untuk membaca butiran email itu…

Borzack,

Hey, this is Oscar/NINE with blogcatalog.com I am just emailing you to let you know that you were chosen as the second place winner of our BIG IDEA challenge. I wanted to touch base and see how we could get your prize to you, I dont know if you want to do it via PayPal or if we should mail you a check or something. Let me know what works best for you and congratulations! You can read about the contest here:

http://blog.blogcatalog.com/announcements/big-idea-winners/

Congratulations again!

Fullamak! Terkejut beruk saya. Tak sangka pulak saya adalah pemenang tempat kedua! Alhamdulillah… rezeki di bulan puasa.

Tak lama lagi akan bertambahlah USD500 di dalam akaun Paypal saya :)

Dan tadi… setelah berfikir panjang, saya telah membuat booking RM1000 untuk membeli sebuah unit kondo di Seri Kembangan (saya gunakan wang hasil pendapatan internet saya, dan ini adalah rumah kedua yang saya beli dalam tempoh 3 tahun!)

Pendapatan MyMode = RM1252.42

(setakat Jun 14, 2008)

Sertai MyMode sekarang!!



Klon-klon ClixSense

Kebelakangan ini, saya jumpa banyak klon program ala ClixSense. Tidak hairanlah mereka meniru kerana konsep ClixSense sememangnya bagus. Kita mungkin terpedaya dengan tagline laman web mereka. Banyak yang berjanji kita akan mendapat trafik internet dan juga pulangan wang hasil dari klik iklan yang tersenarai, padahal, apa yang kita tidak tahu adalah program-program ini adalah baru dan mereka tidak mempunyai pengiklan yang banyak. Berikut adalah antara fakta mengenai ClixSense:

  • mempunyai lebih 45 juta page view dari pelanggan
  • terdapat lebih dari 100 iklan yang boleh di klik dalam sehari (bergantung kepada profile anda)
  • membayar setiap bulan, tepat pada masanya
  • memberi maklumbalas yang segera kepada segala pertanyaan dan kemushkilan
  • mendengar pendapat pelanggan dan menerima segala jenis idea
  • merupakan syarikat yang benar-benar wujud, mempunyai pejabat sendiri
  • anda menjana wang yang benar, malah sudah hampir USD70,000 telah dibayar kepada ahli

Saya akan hanya fokus kepada dua program paid-to-click iaitu ClixSense dan AdBux. Kedua-dua program ini menampakkan hasil :)

Ingat tips ini: Periksa laman ClixSense dan AdBux anda seberapa kerap yang boleh dalam sehari!

Selamat menjana wang besar!

p/s Saya sedang membuat eksperimen dengan SlashMySearch. Tunggu keputusannya nanti ya…

Pendapatan MyMode = RM1252.42

(setakat Jun 14, 2008)

Sertai MyMode sekarang!!



Social Bookmarking?

Social bookmarking adalah salah satu cara untuk menambah bilangan traffic ke laman web atau blog anda. Anda boleh menyimpan, mengklasifikasi, mencari dan mengongsi kandungan blog anda dengan pengguna internet.

Secara asasnya, dalam sistem social bookmarking, pengguna akan menyimpan senarai sumber internet yang diminati dan dianggap penting. Senarai ini pula dapat diakseskan oleh pengguna internet yang lain yang mempunyai minat yang serupa, dan ianya disalurkan melalui feed bagi mereka yang melangganinya.

Antara sistem social bookmarking yang popular masa kini termasuklah Digg, del.icio.us, Technorati, Squidoo, Stumbleupon dan lain lain lagi.

Sekiranya anda masih belum mempunyai akaun dengan sistem-sistem ini, anda rugi besar. Salah satu website saya mendapat lebih 1000+ sehari hanya dari bookmark yang saya buat.

Terkini: AddThis.com
Laman ini mengumpulkan kebanyakan social bookmark yang popular di dalam satu tempat. Dengan menggunakan satu button sahaja anda boleh membookmark ke beberapa social bookmark yang lain.