Pendapatan MyMode = RM1252.42
(setakat Jun 14, 2008)Sertai MyMode sekarang!!
Dapat $755.77 Dari MyMode!
Sedar tak sedar dah setahun saya melibatkan diri dengan bisnes prepaid MyMode.
Pada awalnya memang saya tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada bisnes ini. Akan tetapi lama kelamaan hasilnya boleh lah dikirakan membanggakan jugak. Sepanjang setahun penglibatan saya dalam MyMode ni, saya dapat mengumpul rebate sebanyak $755.77
Ini ialah pecahan pendapatan/rebate yang saya perolehi:
10/2006 - $3.41
11/2006 - $27.38
12/2006 - $4.32
01/2007 - $16.89
02/2007 - $29.97
03/2007 - $35.08
04/2007 - $103.14
05/2007 - $51.47
06/2007 - $102.88
07/2007 - $135.27
08/2007 - $98.20
09/2007 - $71.51
10/2007 - $76.25
Jadi, kepada sesiapa yang belum menyertai MyMode, silalah sertai sekarang dan mula menjana wang!
Pendapatan MyMode = RM1252.42
(setakat Jun 14, 2008)Sertai MyMode sekarang!!
Saya Menang USD500!
Salah satu komuniti internet kegemaran saya adalah Blogcatalog. Ramai juga pelawat blog kesihatan Healthy Lifestyle Blogzine saya yang datang dari Blogcatalog.
Lebih kurang sebulan yang lalu, pihak Blogcatalog mengadakan satu pertandingan. Pertandingan ini memerlukan pengguna memberikan idea untuk memperbaiki serta memanfaatkan pengguna Blogcatalog. Hadiah pertama adalah USD2500!
Saya tanpa membuang masa, memikirkan sesuatu. Saya mendapat idea dari Google Toolbar. Saya mencadangkan agar Blogcatalog juga mempunyai ‘toolbar’ nya sendiri, dimana pengguna boleh menggunakan toolbar tersebut untuk pelbagai servis yang disediakan oleh Blogcatalog.
Seperti biasa, pada minggu lepas, selepas bersahur, saya semak email saya. Blogcatalog BIG IDEA Challenge. Hmmm… sudah ada pemenang nampaknya. Saya klik untuk membaca butiran email itu…
Borzack,
Hey, this is Oscar/NINE with blogcatalog.com I am just emailing you to let you know that you were chosen as the second place winner of our BIG IDEA challenge. I wanted to touch base and see how we could get your prize to you, I dont know if you want to do it via PayPal or if we should mail you a check or something. Let me know what works best for you and congratulations! You can read about the contest here:
http://blog.blogcatalog.com
Congratulations again!
Fullamak! Terkejut beruk saya. Tak sangka pulak saya adalah pemenang tempat kedua! Alhamdulillah… rezeki di bulan puasa.
Tak lama lagi akan bertambahlah USD500 di dalam akaun Paypal saya
Dan tadi… setelah berfikir panjang, saya telah membuat booking RM1000 untuk membeli sebuah unit kondo di Seri Kembangan (saya gunakan wang hasil pendapatan internet saya, dan ini adalah rumah kedua yang saya beli dalam tempoh 3 tahun!)
Pendapatan MyMode = RM1252.42
(setakat Jun 14, 2008)Sertai MyMode sekarang!!
Facebook Boleh Menjana Wang
Sudah lama saya mengetahui mengenai Facebook, namun saya tidak berminat untuk menyertainya. Bagi saya Facebook adalah sama sahaja dengan komuniti-komuniti internet seperti Myspace, Tagged dan sebagainya. Rupanya, sangkaan saya ternyata salah.
Minggu lepas, saya terbaca di blog salah satu program affiliate yang saya sertai. Tajuknya artikelnya berbunyi “I Love Facebook”. Saya tergerak untuk membaca artikel tersebut. Alamak! Ruginya saya! Rupanya Facebook adalah salah satu perantara yang begitu baik untuk memasarkan produk saya, Page Peel Ads!
Saya dengan segera menyertai Facebook. Join beberapa group. Saya juga mengiklankan produk saya Page Peel Ads di dalam senarai ‘marketplace’ Facebook, serta mempromosikannya di dalam beberapa ‘network’. Satu network berharga cuma USD1, jadi saya mempromosikan di 10 network. Kos saya adalah USD10.
Keesokan harinya, saya check email seperti biasa. Ada 4 jualan Page Peel Ads! Saya belek-belek informasi pembeli-pembelinya. Mereka berasal dari negara dari network yang saya promosikan di Facebook! Ini sudah petanda baik…
Saya akan terus mengkaji lagi kemampuan Facebook menjana pendapatan… selepas cuti raya
Pendapatan MyMode = RM1252.42
(setakat Jun 14, 2008)Sertai MyMode sekarang!!
Dapat Cek Pertama Dari Google Adsense
Salam Ramadan.
Lama saya tak mengemaskini blog ni. Sibuk yang teramat sibuk (tetapi pendapatan sampingan tetap masyukkk jugak lah kan)
Minggu lepas saya dapat 2 cek. Cek yang pertama adalah cek yang sekian lama saya nantikan. Cek pendapatan saya dari Google Adsense! Cek dari Google Adsense ini berjumlah USD132.22. Hampir setahun saya nantikan saat ini. Hehehehe. Itulah, sabar itu separuh dari iman. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sehari dua tiga sen, akhirnya USD132.22. Alhamdulillah. Pada peringkat awal, kadang-kadang tiada pendapatan langsung, kadang-kadang hanya dua tiga sen. Akan tetapi, sekarang sudah meningkat sedikit. Paling tinggi pendapatan saya dari Adsense untuk sehari ialah USD3 lebih. Okay lah tu kan. Sekarang ni tengah mengumpul dan menunggu cek yang kedua dari Google Adsense. Baru USD60++ terkumpul. Lagi USD40 dapatlah cek kedua tu. Sabarrr…
Cek yang kedua saya perolehi pada hari yang sama saya perolehi cek dari Google Adsense. Cek dari program Making You Richer. Cek itu bernilai USD192.80. Saya pun hampir lupa, cek ini hasil penjualan saya yang ke berapa. Rasanya yang ke 7 atau yang ke 8. Kalau penjualan yang ke 10, saya layak mendapat goodies dari mereka
Jualan Page Peel Ads juga agak memberangsangkan. Sejak saya berpindah dari Payloadz ke E-Junkie, pendapatan hasil dari penjualan Page Peel Ads adalah USD439.51
Saya juga telah menjumpai beberapa lagi program menarik untuk menambah pendapatan dan juga menambah bilangan pelawat ke blog anda. Saya akan ceritakan kemudian. Nak keluar cari makanan untuk berbuka puasa.
p/s Sempena Ramadan Al Mubarak yang mulia ini, dapatkan tazkirah Ramadan istimewa dari Ustaz Zawawi. Ustaz Zawawi akan ‘menelefon’ anda dan akan memberi sedikit tazkirah mengenai kelebihan dan fadhilat Ramadan. Hanya untuk pelanggan Maxis sahaja. SMSkan BUY RAMADAN dan hantarkan ke 26000. Hanya RM5 untuk 30 hari Ramadan ini. Memang berkat…
Salam Ramadan!
Pendapatan MyMode = RM1252.42
(setakat Jun 14, 2008)Sertai MyMode sekarang!!
USD712 Terjana Untuk Julai 2007
Saya sungguh tidak menduga! Pendapatan yang diperolehi dari hanya SATU produk sahaja! Jumlah ini adalah 3 kali ganda dari apa yang saya target.

Target saya untuk Julai 2007 adalah 30 jualan. Rupa-rupanya 89 Page Peel Script Ads telah terjual! Dan dari paparan di atas, anda boleh lihat, baru 4 hari di bulan Ogos sudah 15 Page Peel Script Ads terjual. Ini merupakan petanda yang baik bagi saya. Alhamdulillah! Kalau macam ni lah setiap bulan, bolehlah selesaikan hutang dengan Kak Citi yang beribu-ribu lemon tu huhuhuhu!
Selamat kayo!

