Menarik

papar dan dapat $$
Join MN

Pendapatan MyMode = RM1252.42

(setakat Jun 14, 2008)

Sertai MyMode sekarang!!



Dapat Duit Tergolek Berkat Raya Haji

Baru balik dari cuti raya haji. Terus saya online, check pendapatan online saya. MasyaAllah…..

Sale yang paling saya tak duga sekali, hasil jualan Belajar Bahasa Sepanyol (Spanish) secara online! Komisyen yang saya perolehi adalah USD59 :)

Sebelum saya balik raya haji haritu, saya ada buat satu artikel baru di blog kesihatan saya Healthy Lifestyle Blogzine. Tajuk article tu adalah 10 Healthy Strategies To Boost Your Memory. Tak sangka pulak artikel saya ni disiarkan kat FoxNews.com! Kalau anda perasan, dalam artikel saya tu, strategi untuk menguatkan daya ingatan yang ke 4 adalah belajar bahasa. Dan pada perenggan tersebut, saya ada sertakan affiliate link yang saya sertai. Dari link inilah terhasil satu jualan untuk saya! Sungguh tak disangka… Entah malaun mana lah yang dah ‘nyanyuk’ dan cuba untuk menguatkan daya ingatannya dengan belajar bahasa Spanish. Alhamdulillah, dapat jugak komisyen USD59!

Saya ada bercadang untuk buat beberapa blog lagi untuk tahun 2008, mana tahu boleh tambah lagi pendapatan.

Pendapatan dari MyMode pun agak menggalakkan. Rebate yang diperolehi SETIAP MINGGU dalam anggaran RM10 ke RM20. Ok lah tu, sebulan dah RM40 ke RM80, sapa nak bagi? Kepada anda yang masih belum menyertai MyMode, saya syorkan anda sertai MyMode. Korbankan modal RM65 sekali sahaja, pendapatan yang bakal anda perolehi tak putus2 setiap minggu :)

Oh ya, kepada anda yang sudah bergelar ahli VIP MyMode, sila kemaskini profil anda sebelum 31 Disember 2007. Ini adalah arahan dari pihak MyMode sendiri.

Pendapatan MyMode = RM1252.42

(setakat Jun 14, 2008)

Sertai MyMode sekarang!!



Saya Menang USD500!

Salah satu komuniti internet kegemaran saya adalah Blogcatalog. Ramai juga pelawat blog kesihatan Healthy Lifestyle Blogzine saya yang datang dari Blogcatalog.

Lebih kurang sebulan yang lalu, pihak Blogcatalog mengadakan satu pertandingan. Pertandingan ini memerlukan pengguna memberikan idea untuk memperbaiki serta memanfaatkan pengguna Blogcatalog. Hadiah pertama adalah USD2500!

Saya tanpa membuang masa, memikirkan sesuatu. Saya mendapat idea dari Google Toolbar. Saya mencadangkan agar Blogcatalog juga mempunyai ‘toolbar’ nya sendiri, dimana pengguna boleh menggunakan toolbar tersebut untuk pelbagai servis yang disediakan oleh Blogcatalog.

Seperti biasa, pada minggu lepas, selepas bersahur, saya semak email saya. Blogcatalog BIG IDEA Challenge. Hmmm… sudah ada pemenang nampaknya. Saya klik untuk membaca butiran email itu…

Borzack,

Hey, this is Oscar/NINE with blogcatalog.com I am just emailing you to let you know that you were chosen as the second place winner of our BIG IDEA challenge. I wanted to touch base and see how we could get your prize to you, I dont know if you want to do it via PayPal or if we should mail you a check or something. Let me know what works best for you and congratulations! You can read about the contest here:

http://blog.blogcatalog.com/announcements/big-idea-winners/

Congratulations again!

Fullamak! Terkejut beruk saya. Tak sangka pulak saya adalah pemenang tempat kedua! Alhamdulillah… rezeki di bulan puasa.

Tak lama lagi akan bertambahlah USD500 di dalam akaun Paypal saya :)

Dan tadi… setelah berfikir panjang, saya telah membuat booking RM1000 untuk membeli sebuah unit kondo di Seri Kembangan (saya gunakan wang hasil pendapatan internet saya, dan ini adalah rumah kedua yang saya beli dalam tempoh 3 tahun!)

Pendapatan MyMode = RM1252.42

(setakat Jun 14, 2008)

Sertai MyMode sekarang!!



Cara Menggunakan AdSense Dengan Efektif

Antara faktor paling penting untuk menjana $$ dari AdSense adalah kedudukannya. mungkin tidak ramai yang tidak ambil peduli tentang kedudukan iklan AdSense di laman web mereka. Di sini saya sertakan beberapa tips mudah dan ringkas.

Unit Pautan (Link Units)

Biasanya kebanyakan blogger mengabaikan unit pautan kerana sizenya, dan hanya fokus kepada unit teks dan imej semata-mata. Ini merupakan kesalahn yang besar. Anda nak tahu kenapa?

Unit pautan yang mempunyai kedudukan yang baik dapat membuahkan $$ yang lebih berbanding unit teks. Tempat yang paling sesuai untuk anda letakkan unit pautan adalah di kolum navigasi pautan utama blog anda. Bayangkan pelawat blog anda mencari arkib kandungan blog anda dan kemudiannya dia akan tertarik kepada unit pautan AdSense anda. Pelawat akan lebih teruja untuk mengklik sekiranya unit pautan anda seolah-olah sebahagian daripada menu utama navigasi anda. Anda boleh lakukan ini dengan mengenakan warna latar belakang unit pautan anda sama dengan warna latar belakang utama blog anda. Begitu juga dengan warna teks pautan. Ini boleh dijadikan ‘umpan’ klik yang sempurna!

Teori ini menyimpulkan bahawa unit pautan vertical selalunya berfungsi lebih baik berbanding unit pautan horizontal. Akan tetapi, ini amat bergantung kepada kedudukan navigasi utama blog anda!

Unit Teks (Text Ads)

Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, unit pautan haruslah menyerupai dan menyamai warna laman utama. Begitu juga dengan unit teks. Namun yang demikian pakar internet masih saling berdiskusi tentang strategi ini.

Satu kelompok pakar internet mengatakan bahawa adalah lebih baik untuk membuatkan iklan AdSense anda menonjol supaya ia senang dinampak. Contohnya laman anda mempunyai latar belakang berwarna putih, dan AdSense anda berlatar belakang merah. Jelas kelihatan iklan itu!

Kelompok kedua adalah kelompok yang menyokong supaya latar belakang AdSense seharusnya menyerupai latar belakang laman utama. Saya lebih menyokong pendapat ini kerana ianya tidak kelihatan agresif dan menampakkan sedikit profesional berbanding dengan pendapat kelompok pertama tadi. Sekiranya saya nampak suatu blog yang kelihatan nyata dengan iklan-iklan, saya akan kurang berminat untuk meluangkan banyak masa di situ. Tak tahulah pulak anda!

Skyscrapper (160×600) tidak berfungsi dengan baik untuk blog yang mempunyai rangka 2 kolum. Sebaliknya, untuk blog 3 kolum, kebanyakan iklan ini diletakkan di kolum tengah supaya senang kelihatan oleh pelawat.

Jenis iklan yang paling efektif adalah unit petak 250×250 yang boleh diletakkan di dalam artikel. Sekiranya anda mempunyai artikel yang menarik, tentukan pelawat akan membaca sehingga ke akhirnya, dan anda boleh menarik minat mereka dengan meletakkan unit petak ini di bahagian bawah sekali sebaik sahaja selepas tamatnya artikel anda. Seboleh-bolehnya cuba elakkan dari menempatkan unit iklan di bahagian atas laman ini.

Kotak Carian (Search Box)

Tidak banyak yang boleh dikatakan mengenai kotak carian. Ia terbukti berkesan bila diletakkan di bahagian atas kanan laman. Setkan hasil carian dibuka pada tetingkap baru. Ini membuatkan pelawat anda tidak ‘lari’ ke laman lain.

Selamat mencuba! :)

Sertai diskusi di bawah ini dan jana sedikit $$ :)

Pendapatan MyMode = RM1252.42

(setakat Jun 14, 2008)

Sertai MyMode sekarang!!



Pengenalan Kepada Dunia Blogging

Blogging membuka ruang kepada hampir sesiapa saja untuk memiliki laman web sendiri. Lagipun ia tidaklah memerlukan pengetahuan yang sangat tinggi untuk memulakan sesebuah blog. Terdapat beberapa kelebihan menggunakan blog berbanding lawan web statik, antaranya adalah:

1. Search engine amat menyenangi blog. Antara stategi yang digemari oleh search engine adalah kadungan yang sentiasa diperbaharui.

2. Kandungan dapat diedarkan dengan cepat. Sekiranya anda menyediakan perkhidmatan melanggan (subscription) seperti Bloglines dan Feedburner, mereka akan mendapat notifikasi mengenai sebarang artikel terkini anda dalam masa yang singkat.

3. Tidak memerlukan pengetahuan pengaturcaraan web yang banyak. Sebaik sahaja blog anda telah disetup, apa yang anda hanya perlu lakukan adalah login, taipkan artikel atau berita yang anda suka, tambahkan grafik yang diperlukan (tidak semestinya perlu) dan publish kan.

4. Maklumbalas pembaca. Pelawat blog anda boleh meninggalkan maklumbalas serta komen mereka tentang artikel dan berita anda. Blog adalah satu cara yang berkesan untuk menarik pembaca.

Apakah ciri-ciri penting bagi sesebuah blog?

1. Platform blog. Cara yang paling mudah adalah dengan memilih platform dari servis percuma seperti Blogger.com atau Wordpress.com. Tetapi kebebasan untuk mempelbagaikan penampilan blog adalah terhad bagi jenis yang percuma ini.

2. Nama blog. Juga penting. Sekiranya anda mempunyai domain name contohnya HangTuah.com sebaiknya blog anda letakkan sebagai subdomain blog.hangtuah.com. Mahukan domain sendiri? Murah ajer la. RM40 ajer setahun. Webhosting pun murah. RM80 setahun. Anda boleh dapatkannya di sini.

3. Penampilan dan atursusun blog. Berapa kolum anda hendak paparkan? Adakah anda mahu membuat pautan kepada laman statik? Apakah variasi warna yang anda akan gunakan? Adakah anda mahu memaparkan artikel dan berita yang telah disimpan dalam arkib? Banyak persoalan akan timbul. Kebanyakan patform blog membenarkan anda ‘tukar fikiran’ mengenai atursusun blog anda pada bila-bila masa. Cara yang berkesan adalah dengan membuat tinjaun ke blog-blog lain dan kutip seberapa banyak idea yang boleh supaya dapat anda membuat keputusan terbaik untuk blog anda.

4. Widget. Terdapat pelbagai widget dan add-ons yang boleh anda tambah ke blog anda. Paling minumum adalah perkhidmatan di mana pembaca anda boleh menerima maklumat terkini dari blog anda, menerusi servis feeder dan sebagainya.

5. Komen. Jangan biarkan bahagian komen anda dibuat secara anonymous. Ini akan membenarkan comment spamming. Anda haruslah moderate komen-komen dari pembaca anda, maksudnya anda perlu mengesahkan komen tersebut sebelum boleh dipaparkan.

Apabila anda telah sampai ke peringkat ini, bermakna anda telah berjaya membina blog yang asas.

6. Kandungan blog. Masanya telah tiba. Blog anda telah bersedia untuk menerima sebarang kandungan dan berita dari anda. Apa yang mahu anda tuliskan? Semuanya terpulang kepada anda. Seeloknya anda pilih satu topik yang khusus untuk anda blogkan. Jadi, anda akan mendapat pembaca yang targeted.

7. Kekerapan kandungan baru. Blog adalah umpama menanam pokok bunga, memerlukan siraman dan penjagaan. Secara efektifnya, anda perlu menyediakan maklumat baru beberapa kali seminggu. Jangan lupa membuat komen balasan sekiranya ada pembaca yang membuat komen terhadap artikel anda.

8. Trafik blog. Anda boleh membuat penyenaraian blog anda dalam direktori blog. Salah satu lagi cara yang berkesan adalah menggunakan social bookmarking.

9. Statistik. Anda boleh menggunakan khidmat percuma seperti Google Analytics untuk menganalisa segala data mengenai blog anda. Berapa jumlah pembaca, dari mana mereka datang, apakah jenis borwser yang mereka gunakan, berapa lama mereka berada di blog anda, apakah artikel yang paling banyak dibaca dan sebagainya. Statistik ini amat penting untuk anda selidiki untuk memperbaiki blog anda.

10. Blogging hanya efektif sekiranya anda meneruskannya untuk tempoh yang panjang. Jangan buat kerja separuh jalan (Seperti saya kadang-kadang hehehe)

Selamat memblog :)