Pendapatan MyMode = RM1252.42
(setakat Jun 14, 2008)Sertai MyMode sekarang!!
Cara Menggunakan AdSense Dengan Efektif
Antara faktor paling penting untuk menjana $$ dari AdSense adalah kedudukannya. mungkin tidak ramai yang tidak ambil peduli tentang kedudukan iklan AdSense di laman web mereka. Di sini saya sertakan beberapa tips mudah dan ringkas.
Unit Pautan (Link Units)
Biasanya kebanyakan blogger mengabaikan unit pautan kerana sizenya, dan hanya fokus kepada unit teks dan imej semata-mata. Ini merupakan kesalahn yang besar. Anda nak tahu kenapa?
Unit pautan yang mempunyai kedudukan yang baik dapat membuahkan $$ yang lebih berbanding unit teks. Tempat yang paling sesuai untuk anda letakkan unit pautan adalah di kolum navigasi pautan utama blog anda. Bayangkan pelawat blog anda mencari arkib kandungan blog anda dan kemudiannya dia akan tertarik kepada unit pautan AdSense anda. Pelawat akan lebih teruja untuk mengklik sekiranya unit pautan anda seolah-olah sebahagian daripada menu utama navigasi anda. Anda boleh lakukan ini dengan mengenakan warna latar belakang unit pautan anda sama dengan warna latar belakang utama blog anda. Begitu juga dengan warna teks pautan. Ini boleh dijadikan ‘umpan’ klik yang sempurna!
Teori ini menyimpulkan bahawa unit pautan vertical selalunya berfungsi lebih baik berbanding unit pautan horizontal. Akan tetapi, ini amat bergantung kepada kedudukan navigasi utama blog anda!
Unit Teks (Text Ads)
Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, unit pautan haruslah menyerupai dan menyamai warna laman utama. Begitu juga dengan unit teks. Namun yang demikian pakar internet masih saling berdiskusi tentang strategi ini.
Satu kelompok pakar internet mengatakan bahawa adalah lebih baik untuk membuatkan iklan AdSense anda menonjol supaya ia senang dinampak. Contohnya laman anda mempunyai latar belakang berwarna putih, dan AdSense anda berlatar belakang merah. Jelas kelihatan iklan itu!
Kelompok kedua adalah kelompok yang menyokong supaya latar belakang AdSense seharusnya menyerupai latar belakang laman utama. Saya lebih menyokong pendapat ini kerana ianya tidak kelihatan agresif dan menampakkan sedikit profesional berbanding dengan pendapat kelompok pertama tadi. Sekiranya saya nampak suatu blog yang kelihatan nyata dengan iklan-iklan, saya akan kurang berminat untuk meluangkan banyak masa di situ. Tak tahulah pulak anda!
Skyscrapper (160×600) tidak berfungsi dengan baik untuk blog yang mempunyai rangka 2 kolum. Sebaliknya, untuk blog 3 kolum, kebanyakan iklan ini diletakkan di kolum tengah supaya senang kelihatan oleh pelawat.
Jenis iklan yang paling efektif adalah unit petak 250×250 yang boleh diletakkan di dalam artikel. Sekiranya anda mempunyai artikel yang menarik, tentukan pelawat akan membaca sehingga ke akhirnya, dan anda boleh menarik minat mereka dengan meletakkan unit petak ini di bahagian bawah sekali sebaik sahaja selepas tamatnya artikel anda. Seboleh-bolehnya cuba elakkan dari menempatkan unit iklan di bahagian atas laman ini.
Kotak Carian (Search Box)
Tidak banyak yang boleh dikatakan mengenai kotak carian. Ia terbukti berkesan bila diletakkan di bahagian atas kanan laman. Setkan hasil carian dibuka pada tetingkap baru. Ini membuatkan pelawat anda tidak ‘lari’ ke laman lain.
Selamat mencuba!
Sertai diskusi di bawah ini dan jana sedikit $$

