Menarik

papar dan dapat $$
Join MN

Pendapatan MyMode = RM1252.42

(setakat Jun 14, 2008)

Sertai MyMode sekarang!!



Belanja Sakan Dengan Duit Adsense

Minggu lepas saya berjaya dapatkan duit Adsense saya tanpa perlu menunggu cek dari Google. Google telah memperkenalkan cara mendapatkan duit Adsense melalui Western Union. Sungguh mudah. Sebelum ini, saya menggunakan kaedah cek. Saya terpaksa menunggu lebih dari sebulan untuk mendapatkan cash. Tambahan pula, caj perkhidmatan juga ditolak. Namun, kini dengan cara Western Union ini sungguh mudah untuk mendapatkan duit Adsense saya.

Apabila pendapatan Adsense anda mencecah had USD100 anda boleh mengeluarkannya. Anda perlu memeriksa akaun Adsense anda dan jangan lupa memilih cara pembayaran melalui Western Union Quick Cash.

Untuk mengeluarkan wang Adsense anda melalui Western Union, caranya amat mudah. Anda perlu mengisi borang Western Union, samaada di CIMB atau RHB. Jangan lupa bawa salinan MyKad yer.

Pendapatan Adsense saya yang terbaru ialah USD130.51 dan setelah dikeluarkan melalui Western Union, saya mendapat RM431.43! Apa lagi, terus saya singgah KLCC dan shopping!