Pendapatan MyMode = RM1252.42
(setakat Jun 14, 2008)Sertai MyMode sekarang!!
Dapat Cek Pertama Dari Google Adsense
Salam Ramadan.
Lama saya tak mengemaskini blog ni. Sibuk yang teramat sibuk (tetapi pendapatan sampingan tetap masyukkk jugak lah kan)
Minggu lepas saya dapat 2 cek. Cek yang pertama adalah cek yang sekian lama saya nantikan. Cek pendapatan saya dari Google Adsense! Cek dari Google Adsense ini berjumlah USD132.22. Hampir setahun saya nantikan saat ini. Hehehehe. Itulah, sabar itu separuh dari iman. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sehari dua tiga sen, akhirnya USD132.22. Alhamdulillah. Pada peringkat awal, kadang-kadang tiada pendapatan langsung, kadang-kadang hanya dua tiga sen. Akan tetapi, sekarang sudah meningkat sedikit. Paling tinggi pendapatan saya dari Adsense untuk sehari ialah USD3 lebih. Okay lah tu kan. Sekarang ni tengah mengumpul dan menunggu cek yang kedua dari Google Adsense. Baru USD60++ terkumpul. Lagi USD40 dapatlah cek kedua tu. Sabarrr…
Cek yang kedua saya perolehi pada hari yang sama saya perolehi cek dari Google Adsense. Cek dari program Making You Richer. Cek itu bernilai USD192.80. Saya pun hampir lupa, cek ini hasil penjualan saya yang ke berapa. Rasanya yang ke 7 atau yang ke 8. Kalau penjualan yang ke 10, saya layak mendapat goodies dari mereka
Jualan Page Peel Ads juga agak memberangsangkan. Sejak saya berpindah dari Payloadz ke E-Junkie, pendapatan hasil dari penjualan Page Peel Ads adalah USD439.51
Saya juga telah menjumpai beberapa lagi program menarik untuk menambah pendapatan dan juga menambah bilangan pelawat ke blog anda. Saya akan ceritakan kemudian. Nak keluar cari makanan untuk berbuka puasa.
p/s Sempena Ramadan Al Mubarak yang mulia ini, dapatkan tazkirah Ramadan istimewa dari Ustaz Zawawi. Ustaz Zawawi akan ‘menelefon’ anda dan akan memberi sedikit tazkirah mengenai kelebihan dan fadhilat Ramadan. Hanya untuk pelanggan Maxis sahaja. SMSkan BUY RAMADAN dan hantarkan ke 26000. Hanya RM5 untuk 30 hari Ramadan ini. Memang berkat…
Salam Ramadan!

