Menarik

papar dan dapat $$
Join MN

Pendapatan MyMode = RM1252.42

(setakat Jun 14, 2008)

Sertai MyMode sekarang!!



Main Games Role Play Pun Boleh Jana Wang

Sekali lagi, saya terjumpa dengan program penjana wang. Tetapi kali ini agak berbeza. Program ini adalah satu program permainan role play. Kepada sesiapa yang gemar main Quake dan sebagainya, program ini sesuai untuk anda. Jangan risau, kepasa sesiapa yang kurang mahir seperti saya juga boleh turut serta.

Setelah menyertai program ini, kita dibekalkan dengan $5. Kita mula memasuki kawasan ‘perang’ bermula di markas utama kita. Terdapat 4 arah pilihan untuk kita pilih. Utara, selatan, barat dan timur. Setiap pilihan, kita akan berjumpa dengan suatu keadaan/tempat seperti hutan, paya, markas terbiar atau markas musuh-musuh (pemain yang lain). Kita boleh mencari barangan di dalam hutan misalnya dan sekiranya bertuah, kita akan terjumpa $$ atau barangan yang lain. Sekiranya kita berdepan dengan markas musuh, kita boleh ’spy’ markas itu, sekiranya tiada penghuni kita boleh masuk ke dalam dan ‘mencuri’ $$ dan barangan yang terdapat di dalam markas itu. Akan tetapi sekiranya kita ’spy’ markas musuh dan levelnya adalah lebih tinggi dari kita, kita akan diberi amaran supaya cabut lari!!

Markas Musuh

Ada sekali, saya beranikan juga untuk mencuba menyerang markas musuh, akibatnya saya kehilangan $4! Aduh! Jadi saya terus berusaha memasuki hutan dan terjumpa pelbagai barangan dan $$ :)

Dapat Point Dalam Hutan

Dan adakalanya jumpa barangan yang tidak berguna langsung… seperti tudung botol? Hahahaha!

Jumpa Tudung Botol

Saya juga berpeluang mencari stor untuk meng’upgrade’ ciri keselamatan, senjata, kenderaan dan lain-lain tetapi kekurang wang Oh tidak…

Sekiranya anda berminat untuk bermain dan menjana sedikit wang bolehlah mendaftar di sini

p/s tak boleh guna Firefox! Kena guna IE atau Opera atau yang lain… hampes!

Pendapatan MyMode = RM1252.42

(setakat Jun 14, 2008)

Sertai MyMode sekarang!!



Cara Menggunakan AdSense Dengan Efektif

Antara faktor paling penting untuk menjana $$ dari AdSense adalah kedudukannya. mungkin tidak ramai yang tidak ambil peduli tentang kedudukan iklan AdSense di laman web mereka. Di sini saya sertakan beberapa tips mudah dan ringkas.

Unit Pautan (Link Units)

Biasanya kebanyakan blogger mengabaikan unit pautan kerana sizenya, dan hanya fokus kepada unit teks dan imej semata-mata. Ini merupakan kesalahn yang besar. Anda nak tahu kenapa?

Unit pautan yang mempunyai kedudukan yang baik dapat membuahkan $$ yang lebih berbanding unit teks. Tempat yang paling sesuai untuk anda letakkan unit pautan adalah di kolum navigasi pautan utama blog anda. Bayangkan pelawat blog anda mencari arkib kandungan blog anda dan kemudiannya dia akan tertarik kepada unit pautan AdSense anda. Pelawat akan lebih teruja untuk mengklik sekiranya unit pautan anda seolah-olah sebahagian daripada menu utama navigasi anda. Anda boleh lakukan ini dengan mengenakan warna latar belakang unit pautan anda sama dengan warna latar belakang utama blog anda. Begitu juga dengan warna teks pautan. Ini boleh dijadikan ‘umpan’ klik yang sempurna!

Teori ini menyimpulkan bahawa unit pautan vertical selalunya berfungsi lebih baik berbanding unit pautan horizontal. Akan tetapi, ini amat bergantung kepada kedudukan navigasi utama blog anda!

Unit Teks (Text Ads)

Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, unit pautan haruslah menyerupai dan menyamai warna laman utama. Begitu juga dengan unit teks. Namun yang demikian pakar internet masih saling berdiskusi tentang strategi ini.

Satu kelompok pakar internet mengatakan bahawa adalah lebih baik untuk membuatkan iklan AdSense anda menonjol supaya ia senang dinampak. Contohnya laman anda mempunyai latar belakang berwarna putih, dan AdSense anda berlatar belakang merah. Jelas kelihatan iklan itu!

Kelompok kedua adalah kelompok yang menyokong supaya latar belakang AdSense seharusnya menyerupai latar belakang laman utama. Saya lebih menyokong pendapat ini kerana ianya tidak kelihatan agresif dan menampakkan sedikit profesional berbanding dengan pendapat kelompok pertama tadi. Sekiranya saya nampak suatu blog yang kelihatan nyata dengan iklan-iklan, saya akan kurang berminat untuk meluangkan banyak masa di situ. Tak tahulah pulak anda!

Skyscrapper (160×600) tidak berfungsi dengan baik untuk blog yang mempunyai rangka 2 kolum. Sebaliknya, untuk blog 3 kolum, kebanyakan iklan ini diletakkan di kolum tengah supaya senang kelihatan oleh pelawat.

Jenis iklan yang paling efektif adalah unit petak 250×250 yang boleh diletakkan di dalam artikel. Sekiranya anda mempunyai artikel yang menarik, tentukan pelawat akan membaca sehingga ke akhirnya, dan anda boleh menarik minat mereka dengan meletakkan unit petak ini di bahagian bawah sekali sebaik sahaja selepas tamatnya artikel anda. Seboleh-bolehnya cuba elakkan dari menempatkan unit iklan di bahagian atas laman ini.

Kotak Carian (Search Box)

Tidak banyak yang boleh dikatakan mengenai kotak carian. Ia terbukti berkesan bila diletakkan di bahagian atas kanan laman. Setkan hasil carian dibuka pada tetingkap baru. Ini membuatkan pelawat anda tidak ‘lari’ ke laman lain.

Selamat mencuba! :)

Sertai diskusi di bawah ini dan jana sedikit $$ :)

Pendapatan MyMode = RM1252.42

(setakat Jun 14, 2008)

Sertai MyMode sekarang!!



Dapat Wang Dengan Komen Dan Diskusi

Kepada anda yang menggemari forum, bulletin board dan sebagainya, anda juga berpeluang membuat apa yang anda suka dan mendapat pulangan wang. Anda boleh memulakan topik perbincangan mengenai apa saja yang anda minati, atau memberi pendapat tentang sesuatu yang orang lain mulakan, menambah komen dan sebagainya.

Maklumat lanjut di sini

Selamat berdiskusi di bawah ini sekarang!

Pendapatan MyMode = RM1252.42

(setakat Jun 14, 2008)

Sertai MyMode sekarang!!



Kongsi Gambar Dan Jana Wang

Satu lagi program yang saya jumpai. Program ini membenarkan kita upload gambar ke server mereka. Kita hanya perlu memaparkan gambar-gambar itu dan apabila pelawat laman web anda membuka laman yang mengandungi gambar yang telah anda upload, anda akan memperolehi wang. Begitu mudah!

Maklumat lanjut di laman rasmi The Picture Sharing Site

Gambar bogel tidak dibenarkan yer…! :)

Sila lihat gambar-gambar di bawah ini. Ia dapat merehatkan mata anda yang letih berdepan dengan skrin komputer sepanjang hari, dan berikan wang kepada saya! :)

Pendapatan MyMode = RM1252.42

(setakat Jun 14, 2008)

Sertai MyMode sekarang!!



Pengenalan Kepada Adsense

AdSense adalah program pengiklanan oleh Google. Anda boleh mendaftar dengan program ini bagi membolehkan iklan-iklan dipaparkan di laman web anda. Iklan-iklan ini diawasi oleh Google dan menjana pendapatan dengan cara pay-per-click. Maksudnya, anda akan mendapat ‘habuan’ sekiranya pelawat web anda klik iklan-iklan tersebut.


« Previous Entries